Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ada gerakan terancang lemahkan Bersatu, PN

Tindakan MP Bersatu sokong Anwar belakangi mandat rakyat

BANGI, 25 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, beliau mendapat maklumat terdapat gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan sogokan dan ugutan terhadap ahli-ahli Parlimen.

Presiden Bersatu itu bagaimanapun menegaskan, partinya tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat itu dan tindakan yang lebih tegas akan diambil.

“Tindakan dua lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) adalah bercanggah dengan pendirian parti.

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan PN.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin meminta ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi parti menangani perkara berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Aziz Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik merupakan dua ahli Parlimen terbaharu daripada Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman masing-masing mengumumkan sokongan mereka pada 12 dan 30 Oktober lepas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button