Berita UtamaDunia

Itali hantar kapal jadikan hospital di Gaza

Kesemua kapal kemungkinan kekal di wilayah terkepung

ROME, 25 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Itali telah menghantar sebuah kapal yang boleh dijadikan hospital berdekatan dengan perairan pantai Gaza untuk membantu merawat mangsa perang.

Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto berkata, kapal berkenaan telah berlayar dari Pelabuhan Civitavecchia semalam bersama 170 kakitangan termasuk 30 orang petugas.

Itali juga sedang berusaha untuk menghantar peralatan bagi mewujudkan hospital medan di Gaza.

Kedua-dua kapal tentera laut Itali yang telah dihantar ke wilayah itu berkemungkinan kekal di lokasi berkenaan.

“Kami akan menilai sama ada untuk mengekalkannya di kawasan itu tetapi saya bersedia mengekalkan tiga kapal di sana.

“Kami juga tidak menyesal tindakan ini kerana Itali mahu memberi bantuan dan merawat penduduk yang tidak bersalah,” kata Crosetto kepada pemberita.

Semalam, menteri-menteri luar negara dari G7, termasuk Itali, menyeru untuk melakukan gencatan senjata bagi membolehkan bekalan dan bantuan dihantar selain membantu membebaskan tebusan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button