Berita Utama

Bekas PM Malaysia desak kuasa veto UNSC dihapuskan

Gesaan gencatan senjata hanya sia-sia kerana dihalang kuasa besar

BANGI, 27 Rabiulakhir 1445H, Sabtu – Tragedi genosid yang sedang berlaku di Gaza sehingga mengorbankan lebih 11,000 nyawa hanya akan dapat diselesaikan sekiranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjaya menghapuskan kuasa veto terutamanya Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana rejim Zionis sangat bergantung dengan AS bagi ‘menghalalkan’ semua tindakannya, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Meskipun 120 buah negara menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera dan berterusan pada Sidang Khas tergempar namun ia dianggap sia-sia kerana telah dihalang oleh kuasa veto AS dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

“Sehingga hari ini, sebanyak 34 resolusi UNSC berkaitan Palestin dan Israel telah dihalang oleh AS dengan menggunakan kuasa veto bagi melindungi Zionis.

“Maka sekali lagi saya menggesa supaya kuasa veto dihapuskan demi keamanan sejagat,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia, hari ini.

Berkongsi pengalaman ketika berucap mewakili Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77, beliau pernah menegaskan supaya kuasa veto itu tidak disalahguna bagi memihak kepada kuasa besar dunia.

Beliau menyifatkan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin hari ini juga adalah kesinambungan daripada tragedi ‘Nakbah’ selepas Zionis menduduki Palestin secara haram pada tahun 1948.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button