Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

VIDEO | Hamas musnahkan 25 kenderaan tentera Israel dalam 48 jam

Pertempuran tidak simetri namun masih takutkan pasukan rejim

GAZA, 28 Rabiulakhir 1445H, Ahad – Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam mengesahkan pejuangnya berjaya memusnahkan 25 kenderaan tentera Israel dalam tempoh 48 jam terakhir di Semenanjung Gaza.

Jurucakapnya, Abu Ubaida menerusi mesej video berkata, sejak permulaan operasi darat Israel di Gaza pada 27 Oktober, pejuang telah memusnahkan lebih 160 kenderaan tentera Israel, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian termasuk 25 dalam tempoh 48 jam lalu.

Menurut Abu Ubaida, pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera Israel adalah tidak simetri, namun ia masih menakutkan pasukan rejim, yang menyifatkan ia sebagai tentera terkuat di rantau ini.

“Pejuang kami keluar dari tanah ke atas dan dari bawah runtuhan untuk memusnahkan kenderaan berperisai dan kereta kebal,” katanya.

Briged Al-Qassam kemudiannya mengeluarkan video yang menunjukkan pejuang menyerang beberapa kereta kebal Israel di utara Gaza.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza – termasuk hospital, kediaman dan rumah ibadat – sejak serangan rentas sempadan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin syahid, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita.- Agensi

Pautan video;

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button