Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PM perlu henti angkat naratif pro-Israel, normalisasi solusi ‘merepek’

Malaysia patut lebih agresif di arena antarabangsa dalam isu Palestin

BANGI, 29 Rabiulakhir 1445H, Isnin – BERJASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhenti mengangkat naratif pro-Israel, termasuk cuba menormalisasikan negara haram itu menerusi solusi ‘merepek’ berkaitan ‘two state solution’ dan garis sempadan haram 1967.

Desakan itu ditegaskan Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif susulan pendirian Perdana Menteri yang turut tidak terkecuali memuji usaha Arab Saudi kononnya dalam keamanan dan mengangkat idea solusi Israel meskipun tidak diiktiraf dunia.

Apatah lagi, katanya, Arab Saudi bersama tiga lagi negara lain iaitu Maghribi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain disifatkan hanya beretorik berjuang bersama Palestin, apabila menentang lima usul mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersama Liga Arab.

“Mesyuarat tergempar negara ahli OIC bersama Liga Arab yang berakhir semalam, tidak lebih sekadar berbincang kosong tanpa sebarang penyelesaian.

“Negara-negara tersebut juga terlibat dengan proses normalisasi Israel melalui ‘deal of century’. Kesannya hari ini, mereka tidak lebih sekadar menjadi boneka Israel tajaan Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas dasar itu, BERJASA mendesak Anwar selaku Perdana Menteri bertindak lebih tegas di arena antarabangsa dan menggunakan segala kuasa yang ada ketika ini.

“Tindakan lebih tegas dan agresif perlu dilaksanakan Malaysia, melobi negara-negara umat Islam untuk tindakan yang lebih efektif dalam memberi tekanan kepada Israel dan AS serta negara sekutu,” katanya.

Terdahulu, pemimpin Islam dan Liga Arab mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan di Gaza, tetapi enggan mengenakan sekatan ekonomi dan politik terhadap Israel yang berterusan mengebom penduduk Gaza.

Hasil resolusi dalam Sidang Kemuncak Liga Arab dan OIC di Riyadh pada Sabtu telah menonjolkan perpecahan kalangan pemimpin wilayah Arab dalam menangani krisis yang mungkin akan membabitkan negara lain, lapor AFP.

Beberapa negara Arab, diketuai oleh Algeria, menggesa hubungan diplomatik dengan Israel diputuskan sepenuhnya.

Namun sekurang-kurangnya tiga negara, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain yang menormalisasikan hubungan dengan Israel pada tahun 2020, menolak cadangan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button