Berita Utama
Elak layari laman web palsu THiJARI
Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dengan pautan mencurigakan

KUALA LUMPUR, 1 Jamadilawal 1445H, Rabu – Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).
Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman web yang betul.
“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.
“Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan,” menurut hantaran itu.
Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.