Berita UtamaDunia

Ratusan jenazah tidak dapat dikebumikan kerana serangan berterusan Zionis

Jenazah bertimbun berisiko bawa bencana kesihatan: Timbalan Menteri

GAZA, 1 Jamadilawal 1445H, Rabu – Ratusan jenazah tidak dapat dikebumikan di Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza berikutan serangan berterusan rejim Zionis.

Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Yousef Abu-Al Rish memberi amaran ratusan jenazah yang terpaksa diletakkan di hospital tersebut boleh membawa bencana kesihatan, lapor Agensi Anadolu.

Katanya, lebih 100 jenazah tidak dapat dikebumikan dan terpaksa ditempatkan di dalam kawasan hospital berkenaan berikutan serangan tanpa henti rejim Zionis.

Rejim Zionis juga mengepung kawasan Hospital Al-Shifa dan beberapa hospital lain di wilayah itu sejak beberapa hari lalu selain berdepan sekatan lain termasuk ketiadaan bekalan air dan elektrik.

Ketika ini, rejim pengganas itu dilaporkan sedang menceroboh masuk ke dalam hospital dan menembak ke arah bilik pesakit.

Dalam serangan ke atas Gaza yang hampir memasuki hari-40, kira-kira 11,240 rakyat Palestin terkorban termasuk 7,700 wanita dan kanak-kanak.

Manakala lebih 28,200 yang lain cedera menurut laporan terbaharu pihak berkuasa Palestin.

Selain itu, ribuan bangunan termasuk hospital, masjid, dan gereja juga telah rosak atau musnah teruk dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti rejim Zionis Israel ke atas kawasan yang dikepung sejak bulan lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button