Berita UtamaDunia

Rejim penjajah bom wad dan unit Kardiologi Hospital Al-Shifa

Serangan kejam turut musnahkan jabatan pembedahan

GAZA, 2 Jamadilawal 1445H, Khamis – Serangan kereta kebal rejim Zionis telah menyasarkan wad yang menempatkan ratusan pesakit di Kompleks Perubatan Al-Shifa, lapor agensi Anadolu.

Rejim penjajah juga menyasarkan unit rawatan Kardiologi yang menempatkan puluhan pesakit jantung.

Serangan ganas rejim Israel turut menyebabkan jabatan pembedahan musnah di kompleks yang sama.

Setakat ini, tiada maklum balas daripada rejim Zionis berhubung serangan yang disasarkan kepada orang awam di kompleks perubatan terbesar di wilayah terkepung.

Ketika serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari ke-41, kira-kira 11,320 rakyat Palestin telah syahid termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak.

Manakala lebih 29,200 yang lain telah cedera, menurut angka terbaru dari pihak berkuasa Palestin.

Ribuan bangunan termasuk hospital, masjid dan gereja musnah teruk dalam serangan udara dan darat yang dilancarkan di wilayah itu sejak bulan lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button