Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jauhi kemungkaran, jangan terbabit konsert Coldplay

Tak wajar laksana konsert tatkala saudara muslim ditimpa musibah

BANGI, 5 Jamadilawal 1445H, Ahad – Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi menggesa umat Islam di negara ini supaya menjauhi kemungkaran dengan membabitkan diri dalam Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, Rabu ini.

Beliau berkata, gesaan berkenaan selaras kenyataan dan nasihat yang telah dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penganjuran konsert jelajah kumpulan rock terkenal British itu, semalam.

Menurut Dr Ahmad Sanusi, Pejabat Mufti dalam kenyataan itu mencadangkan supaya konsert berkenaan tidak diteruskan.

“Pandangan yang sama telah dinyatakan sebelum ini oleh pihak Majlis Ulama ISMA yang menegaskan bahawa tidak wajar konsert ini dilaksanakan dalam keadaan saudara muslim kita sedang ditimpa musibah.

“Tambahan lagi, kumpulan tersebut dikatakan turut mempromosi LGBT, suatu yang dilaknat oleh Allah dan Rasul. Jauh kemungkaran, semoga Allah membimbing kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah menasihatkan penganjur konsert Coldplay supaya tidak meneruskan program yang secara jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.

“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.

“Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion dilaporkan bakal beraksi dalam konsert jelajahnya di Stadium Bukit Jalil, Rabu ini.

Berita berkaitan;

https://ismaweb.net/2023/11/19/penganjur-konsert-coldplay-dinasihat-tak-teruskan-penganjuran/

https://ismaweb.net/2023/11/15/muis-gesa-konsert-coldplay-dibatalkan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button