Berita Utama

Menteri jamin bentang RUU Kawalan Produk Merokok sebelum sidang Parlimen berakhir

Dr Zaliha nyata komitmen laksana bacaan kali kedua dalam masa terdekat

BANGI, 5 Jamadilawal 1445H, Ahad – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam atau dikenali generasi penamat ‘generational end game’ (GEG) akan dibentangkan sebelum berakhir sidang Parlimen hujung bulan ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya komited untuk membuat bacaan kali kedua RUU berkenaan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, saya bagi jaminan RUU itu akan kita bentangkan sebelum berakhirnya sesi Parlimen pada kali ini,” katanya ringkas.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang.

Bacaan kali kedua RUU Generasi Penamat (GEG) sepatutnya berlaku pada 10 Oktober lalu namun pembentangan itu ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Penangguhan itu mengundang pelbagai reaksi serta spekulasi khususnya mengenai faktor yang mendorong pembentangan RUU itu di Parlimen ditangguhkan.

Pada 12 Julai lalu, RUU GEG dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.

Hasil penelitian yang dibuat oleh ahli JKPK bagi memantapkan RUU ini supaya ia ini dapat dibincangkan, diteliti dan disokong oleh semua pihak (bipartisan).

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/10/11/kkm-tunggu-tarikh-baharu-bentang-ruu-kawalan-produk-merokok/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button