Berita UtamaDunia

Menteri negara Arab, Islam bakal ke China bincang tamatkan perang Gaza

Masih tidak cukup perhatian diberikan untuk capai gencatan senjata

RIYADH, 5 Jamadilawal 1445H, Ahad – Menteri-menteri dari negara Arab dan Islam akan membuat lawatan ke China esok dengan menyasarkan untuk menamatkan peperangan di Gaza.

Menteri Luar Arab, Putera Faisal bin Farhan berkata, lawatan berkenaan merupakan langkah pertama yang dilakukan Jawatankuasa Menteri-Menteri Negara Islam susulan keputusan yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Negara Arab dan Islam di Riyadh, awal bulan ini.

Kumpulan menteri berkenaan juga akan melawat beberapa bandar lain selepas China bagi menyuarakan pesanan mencapai gencatan senjata serta-merta selain memudahkan urusan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam situasi di Gaza, Putera Faisal turut mengadakan perbincangan dengan pegawai dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, beliau berkata, walaupun terdapat persetujuan dalam masyarakat antarabangsa mengenai kepentingan keamanan, sehingga kini masih tidak cukup perhatian diberikan untuk melakukan gencatan senjata segera.

“Kami berharap dapat melancarkan semula usaha ke arah keamanan yang kekal dengan penubuhan negara Palestin, tetapi keutamaan sekarang ialah mahu menamatkan pertempuran,” katanya.

Beliau menambah dalam merealisasikan perkara tersebut, semua pihak perlu bekerjasama dan menamatkan peperangan dan penderitaan orang awam setiap hari di Gaza.

Sejak 7 Oktober lalu, rejim Zionis melancarkan serangan udara dan darat sehingga mengorbankan lebih 12,300 penduduk dan lebih sejuta hilang tempat berlindung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button