Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Visi Joe Biden mahu satukan tadbir urus Gaza, Tebing Barat

Rancang dua wilayah Palestin diletak di bawah pentadbiran PA

WASHINGTON, 5 Jamadilawal 1445H, Ahad – Negara pembuli, Amerika Syarikat (AS) mahu mengatur semula struktur tadbir urus Palestin, khususnya wilayah Semenanjung Gaza – yang diperintah Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Presiden AS, Joe Biden menekankan keperluan Gaza untuk berada di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang ‘dihidupkan semula’.

Menulis pendapat di The Washington Post, Biden menekankan visinya konon untuk masa depan Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

“Ketika kita berusaha untuk mencapai keamanan, Gaza dan Tebing Barat harus disatukan semula di bawah satu struktur tadbir urus, akhirnya di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dihidupkan semula.

“Tidak boleh ada pemindahan paksa rakyat Palestin dari Gaza, tiada pendudukan semula, tiada pengepungan atau sekatan dan tiada pengurangan wilayah,” dakwanya yang turut menyatakan komitmen kepada solusi penyelesaian dua negara.

Biden mengakui berlakunya peningkatan keganasan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dan mendakwa AS bersedia mengenakan larangan visa terhadap pelampau yang menyerang orang awam di Tebing Barat.

“Saya telah tegas dengan pemimpin Israel bahawa keganasan pelampau terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat mesti dihentikan dan mereka yang melakukannya mesti bertanggungjawab,” dakwa Biden.

Sebelum ini, kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung mengekalkan kawalan keselamatan sepenuhnya di Gaza mendapat kritikan.

Sejak 7 Oktober lalu, Israel melancarkan serangan tanpa henti di Gaza menyebabkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh, di mana kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button