Berita Utama

BN-PH beranikah isytihar tak guna dana kerajaan ketika berkempen?

Kenyataan Ahmad Samsuri cabaran kepada parti lawan

BANGI, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dicabar supaya mengisytihar tidak akan menggunakan kemudahan serta dana kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kemaman (PRK) Kemaman.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir melontarkan cabaran itu selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan akan menggunakan wang, kenderaan dan bahannya sendiri serta PAS, untuk berkempen pada PRK berkenaan.

Terdahulu, Ahmad Samsuri yang juga calon Perikatan Nasional (PN) menolak dakwaan BN bahawa beliau akan menggunakan jentera kerajaan negeri untuk berkempen di kerusi tersebut.

“Saya menggunakan kereta saya sendiri, bukan kereta MB, dalam kempen ini. Saya akan menjadi sepraktikal yang saya boleh.

“Kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan pengundi bukan milik negeri, tetapi PAS dan saya,” katanya.

Roslan menyifatkan, Ahmad Samsuri sebagai calon yang cukup berani apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kata beliau saya akan gunakan kereta saya bukan kereta MB semasa berkempen. Bahan-bahan kempen pun akan dibiayai oleh parti dan dana beliau sendiri.
Ia sebenarnya lontaran berbentuk cabaran kepada parti lawan.

“Beranikah BN-PH isytihar perkara yang sama?” soalnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Roslan turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri ke-10 serta ‘anak-anak buahnya’ pernah berarak di jalanan yang berdegar-degar berkempen supaya jangan ada salah guna kuasa dan kewangan rakyat ketika berkempen.

“Hari ini BN-PH kerajaan di Persekutuan, boleh ‘walk the talk?’

“Biar rakyat khasnya pengundi Kemaman lihat dan nilai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button