Berita Utama

MB Terengganu nafi guna dana kerajaan negeri untuk PRK Kemaman

Annuar Musa tawar guna bot untuk berkempen jika banjir

KUALA TERENGGANU, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menggunakan wang, kenderaan dan bahannya sendiri, serta PAS, untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Calon Perikatan Nasional (PN) itu menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa beliau akan menggunakan jentera kerajaan negeri untuk berkempen di kerusi itu.

“Saya menggunakan kereta saya sendiri, bukan kereta MB, dalam kempen ini. Saya akan menjadi se-praktikal yang saya boleh. 

Kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan pengundi bukan milik negeri, tetapi PAS dan saya,” katanya seperti dilapor The Star.

Naib Presiden PAS itu berkata, memandangkan Kemaman mudah dilanda banjir, beliau ada menerima tawaran untuk menggunakan bot milik pemimpin PAS dan PN yang lain.

“Sebenarnya, Tan Sri Annuar Musa telah menawarkan botnya untuk tujuan berkempen,” kata Samsuri, merujuk kepada Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banjir tidak akan menjadi kebimbangan besar sepanjang tempoh berkempen sekiranya kerajaan menyiapkan beberapa projek mitigasi yang dicadangkannya sebelum ini.

“Kemaman sentiasa terdedah kepada banjir besar semasa musim tengkujuh pantai timur 

“Putrajaya sepatutnya mempercepatkan projek yang saya cadangkan. Semua kajian telah disiapkan dan proses untuk melaksanakan projek-projek itu telah disediakan,” kata bekas Menteri Alam Sekitar dan Air itu.

Tuan Ibrahim turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan pelan kontingensi semasa hari pengundian memandangkan sekolah-sekolah yang biasanya menjadi pusat perlindungan banjir terpaksa juga dijadikan pusat mengundi.

“Semasa banjir, kami akan berkempen sedikit berbeza kerana keutamaan kami ialah keselamatan rakyat dan menyelamatkan nyawa. PAS mempunyai semua peralatan parti untuk berkempen ketika banjir,” katanya.

PRK Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRK Kemaman pada 2 Disember depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahmad Samsuri dan calon BN, bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button