Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sudah setahun, kerajaan gagal buktikan PN terima dana judi

Siasatan pun entah ke mana, kerajaan fitnah: Fadhli Shaari

BANGI, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – PAS menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan fitnah berikutan gagal membuktikan Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi untuk tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tuduhan yang dilemparkan itu gagal dibuktikan walaupun semalam telah genap setahun PRU15.

“Setahun PRU15, hampir genap setahun fitnah Perikatan Nasional terima dana judi untuk kempen PRU15, gagal dibuktikan.

“Siasatan pun entah ke mana. Kerajaan fitnah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

10 November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dakwaan mengaitkan PN dengan dana yang diterima daripada syarikat perjudian masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut.

Hal demikian dibuat mengikut subseksyen 29(4), Akta SPRM [Akta 694] yang menyatakan bahawa mana-mana siasatan tersebut hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang sehinggalah orang tertuduh dipertuduhkan di mahkamah.

Malah beberapa juga agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana entiti.

Pautan berkaitan;

Anwar pertahan kenyataan dakwa PN terima dana judi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button