Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

28 bayi pramatang dipindahkan dari Gaza ke Mesir

Tiga bayi masih kekal di hospital selatan Gaza

GAZA, 7 Jamadilawal 1445H, Selasa – Sekumpulan 28 bayi pramatang dipindahkan dari Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza yang terkepung dan dibawa ke Mesir untuk rawatan segera.

Bayi-bayi yang baru lahir itu adalah pesakit di Hospital Al-Shifa – kemudahan perubatan terbesar di Gaza – di mana beberapa yang lain telah meninggal dunia selepas inkubator mereka tidak berfungsi kerana kekurangan bahan api.

Pada Ahad, mereka dibawa ke Hospital Bersalin Al-Helal L-Emirati di Rafah di selatan Gaza, supaya keadaan mereka dapat distabilkan sebelum membuat perjalanan ke Mesir melalui pintu sempadan Rafah pada Isnin.

“Tiga bayi masih kekal di hospital Emirati dan terus menerima rawatan.

“Semua bayi sedang melawan jangkitan serius dan terus memerlukan penjagaan kesihatan,” kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada agensi berita Reuters.

Minggu lalu, tentera Israel mengepung Hospital Al-Shifa untuk mencari apa yang mereka katakan sebagai rangkaian terowong Hamas dan pusat arahan yang dibina di bawah kompleks itu.

Hamas bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Ketika operasi Israel, ratusan pesakit, kakitangan perubatan dan orang yang dipindahkan meninggalkan hospital itu pada hujung minggu dan berpindah ke selatan Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button