Berita Utama

MP Maran dimasukkan ke IJN

Speaker Dewan Rakyat maklumkan sebelum sesi soal jawab menteri bermula

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1445H, Selasa – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi soal jawab menteri di Parlimen hari ini bermula.

“Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita Maran (Ahli Parlimen Maran) berada di ICCU IJN.

“Jadi beliau tidak boleh dilawati, namun kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera,” kata Johari.

Pada September lalu, Johari mewajibkan semua Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyimpan rekod mereka di Parlimen.

Seramai 196 telah berbuat demikian daripada 222 anggota Dewan setakat 7 November.

Johari juga telah melanjutkan tarikh akhir awal 31 Oktober hingga 14 November.

Beliau berkata, beliau telah menyaksikan 11 Ahli Parlimen rebah dalam Dewan Rakyat sejak 15 tahun lalu.

Sejak Pilihan Raya Umum 2018, seramai empat ADUN dan empat Ahli Parlimen meninggal dunia akibat isu berkaitan kesihatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button