Berita Utama

MP Maran makin pulih

Ismail dijangka keluar daripada IJN dalam tempoh terdekat

BANGI, 7 Jamadilawal 1445H, Selasa – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin pulih.

Menerusi hantaran di akaun Facebook, beliau memaklumkan, Ismail dijangka keluar daripada IJN dalam tempoh masa terdekat.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan beliau bertambah baik dan dijangka dapat keluar daripada IJN sedikit masa lagi,” katanya.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Perkara itu dimaklumkan sebelum Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bermula di Dewan Rakyat pagi tadi.

Johari bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut mengenai penyakit dihidap Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button