Berita Utama

Pelik bila penyokong PH-BN defensif dalam kes Nik Elin

Apa lagi kerajaan, segeralah pinda Perlembagaan

BANGI, 7 Jamadilawal 1445H, Selasa – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui pelik apabila penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kelihatan defensif berhubung kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, sekiranya tiada ancaman kepada kuasa kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang jenayah syariah, tidak mungkin Sultan Selangor menitahkan supaya jawatankuasa khas ditubuh segera.

Ia bagi mengkaji pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan termasuklah peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya memberi kuasa lebih kepada kerajaan negeri, katanya.

“Atau anda hendak kata bahawa tiada ancaman sebenarnya dan tidak semena-mena Sultan Selangor menitahkan demikian?

“Dan, titah ini diulang kembali oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehari selepas Menteri Agama memberikan jawapan terhadap soalan saya berhubung isu ini di Dewan Rakyat pada minggu lepas.

“Adakah itupun secara kebetulan, tiada ancaman tapi Mais saja-saja nak keluarkan kenyataan?,” soalnya.

Ahmad Fadhli berkata, Sultan Selangor serta Mais bukan pihak politik sebaliknya pemegang taruh dalam bidang kuasa undang-undang syariah.

Justeru baginya, adalah wajar kerajaan mengambil langkah sedemikian.

“Apa lagi kerajaan, segerakanlah pindaan Perlembagaan, kami akan sokong!

“Jika kami sebagai kerajaan dulu buat langkah ini, belum tentu pembangkang pada masa itu akan menyokong. Buktinya, semasa kes Iki Mubarak, apa kata pembangkang pada masa itu? Senyap,” katanya.

Berita berkaitan;

Jika kes Nik Elin menang, semua enakmen syariah negeri lain bakal alami nasib sama


https://ismaweb.net/2023/08/22/kes-nik-elin-maslahah-agama-islam-sepatutnya-dipelihara-dibela/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button