Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Israel terus serang Gaza selepas tamat cadangan gencatan senjata

Perang tidak akan henti hingga semua tebusan bawah Hamas dikembalikan

GAZA, 8 Jamadilawal 1445H, Rabu – Israel akan meneruskan serangannya di Semenanjung Gaza selepas tamat cadangan gencatan senjata sementara, kata Benjamin Netanyahu.

Perdana Menteri Israel itu berkata demikian dalam ucapan menjelang mesyuarat Kabinet untuk membincangkan cadangan perjanjian tebusan dan gencatan senjata empat hari dengan pejuang Hamas.

“Kami sedang berperang dan perang akan berterusan sehingga semua matlamat kami tercapai.

“Di hadapan kita adalah keputusan yang sukar tetapi tepat,” kata Netanyahu mengenai perjanjian itu, yang juga termasuk pertukaran 50 warga Israel di bawah Hamas dengan 150 warga Palestin di penjara Israel.

Netanyahu mendakwa, Israel tidak akan berhenti menyerang sehingga semua tebusannya di bawah Hamas dikembalikan.

“Peperangan mempunyai peringkat dan pemulangan tebusan akan berperingkat,” katanya.

Israel menganggarkan kira-kira 239 warganya ditahan oleh pejuang Hamas berikutan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober lalu.

Rejim pengganas itu telah melancarkan serangan tanpa henti melalui udara dan darat di Gaza sehingga menyebabkan lebih 14,128 rakyat Palestin syahid, termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,290 wanita.

Ribuan bangunan termasuk hospital, masjid dan gereja musnah dalam serangan udara ke atas wilayah terkepung itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button