Dunia

Ekonomi Israel makin merudum

Kos tentera simpanan tinggi, cecah AS$630 juta setiap minggu

RAMALLAH, 8 Syaaban 1445H, Ahad – Ekonomi Israel terus merudum kerana serangan berterusan ke atas Palestin, yang mengakibatkan Tel Aviv mengalami penurunan permintaan, peningkatan kos dan kekurangan tenaga buruh.

Beberapa laporan mengesahkan negara itu memanggil 350,000 orang awam untuk menyertai tentera sebagai pasukan simpanan, menurut agensi berita Anadolu.

Berdasarkan laporan diterbitkan Bank Israel pada November, kos untuk memanggil tentera simpanan serta produktiviti pekerja yang lebih rendah dalam beberapa sektor berjumlah AS$630 juta setiap minggu.

Kos ekonomi itu tidak menggambarkan kos pengurangan permintaan, kekurangan pekerja Palestin dan asing serta barangan lain.

Bagaimanapun, kos dianggarkan meningkat apabila Israel telah memperluaskan serangan ke atas Palestin dan peningkatan kematian tenteranya.

Gabenor Bank Israel, Amir Yaron berkata, kerajaan Israel mula mengenakan sekatan ke atas pekerja Palestin, walaupun keputusan itu menyebabkan kejutan bekalan dalam ekonomi.

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak Oktober dan membunuh kira-kira 30,000 orang awam.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button