Artikel KhasIstimewa

Henti sebar fitnah, ISMA tidak kendalikan Aman Palestin

Ada pihak berniat jahat jatuhkan kredibiliti ISMA

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapati bahawa terdapat cubaan mengaitkan pertubuhan ini dengan kes pendakwaan oleh Surunhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Aman Palestin Berhad (Aman Palestin).

2. Individu dan kumpulan ini telah mengeluarkan kenyataan dan infografik media berkaitan kes dan mendakwa bahawa Aman Palestin adalah dimiliki dan dikendalikan oleh ISMA.

3. ISMA ingin menafikan sepenuhnya dakwaan tersebut dan menyelar tindakan pihak-pihak berkenaan sebagai tidak telus dan berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti ISMA.

4. ISMA tidak pernah dan pada bila-bila masa mengendalikan syarikat Aman Palestin.

5. ⁠Sebarang kenyataan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana pihak yang ingin mengaitkan ISMA secara langsung atau tidak langsung dengan kes mahkamah yang sedang dalam perbicaraan, akan disusuli dengan tindakan guaman yang bersesuaian sekiranya pihak berkenaan tidak menarik semula kenyataan, artikel, tulisan atau infografik di media sosial yang telah disebarkan pada kadar segera.

6. ISMA ingin mengingatkan semua pihak agar berhenti daripada menyebarkan fitnah jahat ke atas pertubuhan ini dan menyerahkan urusan kes kepada pihak mahkamah untuk dibicarakan secara adil dan saksama.

Muhammad ‘Izzat Husman
Setiausaha Agung
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia
18 Februari 2024

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button