Berita UtamaDunia

Israel rampas bar emas dari Gaza dalam kotak tomato

Transaksi emas dilihat taktik terbaik bantu perjuangan pembebasan Palestin

TEL AVIV, 9 Syaaban 1445H, Isnin – Pihak berkuasa Israel pernah merampas 13 jongkong emas tersembunyi di dalam kotak tomato yang dieksport dari Gaza ke wilayah yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin.

Memetik laporan Israel Today yang diterbitkan pada 29 Mac 2021 bertajuk ‘Israel Seizes Gold Bars Smuggled from Gaza in Tomatoes’, rejim Israel pernah mengagalkan percubaan menyeludup emas dipercayai untuk diberikan sebagai bantuan kepada Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

“Pemeriksa keselamatan di Persimpangan Kerem-Shalom menemui 13 jongkong emas tersembunyi di dalam kotak tomato yang dieksport dari Gaza ke wilayah yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin.

“Bar, seberat 7 kilogram (15.43 lbs.) ditemui ketika pemeriksaan keselamatan laluan. Tiada laporan risikan khusus mengenai usaha penyeludupan itu. Peti sayur-sayuran mempunyai bahagian bawah kadbod berganda dan di sana bar emas tersembunyi, dicat hitam untuk penyamaran dan bahagian tepinya tersembunyi dalam tomato besar,” katanya.

Menurutnya, emas itu dirampas dan siasatan diserahkan kepada polis dan Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bagi mencuba dan mengesan penerimanya.

Teori utama adalah emas itu ditujukan untuk pejuang Hamas di Tebing Barat.

Keadaan itu seolah-olah menampakkan transaksi emas sebagai taktik terbaik sebagai bantuan perjuangan pembebasan Palestin, bukan sekadar dimanfaatkan untuk kebajikan semata-mata.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button