Dunia

Israel masih belum salurkan hasil cukai kepada Palestin

Sekat hasil cukai sejak serangan pejuang Hamas pada Oktober

RAMALLAH, 12 Syaaban 1445H, Khamis – Kegagalan Israel memindahkan hasil cukai kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) menghalangnya daripada membayar gaji dan pencen kepada penjawat awam serta pesara.

Israel biasanya mengutip hasil cukai di pintu masuk sempadan di bawah kawalannya bagi pihak Palestin dan memindahkannya ke perbendaharaan Palestin di bawah Protokol Hubungan Ekonomi yang ditandatanganinya dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Paris pada tahun 1994.

Ia juga memungut duti kastam pada import Palestin.

Secara keseluruhan, ia biasanya membayar Pihak Berkuasa Palestin secara purata sebanyak AS$188 juta sebulan, dengan hasil ini mewakili sumber pendapatan utama pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Kabinet Israel memutuskan pada November lalu untuk menggantung pemindahan hasil cukai berikutan serangan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada 7 Oktober.

Kementerian Luar Norway dalam kenyataan berkata, negara itu menjalankan proses menerima hasil cukai yang dikutip oleh Israel bagi pihak PA selepas mereka digantung.

Katanya, proses itu meliputi pemindahan hasil cukai yang dikutip Israel kepada Norway dan Norway menghantar jumlah itu kepada PA, kecuali bagi jumlah yang diperuntukkan untuk Gaza.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh dalam persidangan mingguan Kabinet pada Selasa bahawa Israel menyekat semua hasil cukai dan masih belum memindahkan sebarang jumlah.

Kali terakhir pekerja dan pesara menerima gaji penuh mereka adalah pada Oktober 2021, dan selepas itu mereka hanya menerima gaji secara berselang-seli kerana krisis kewangan pihak berkuasa, bahkan mereka tidak menerima apa-apa sejak Januari tahun ini.

Pemotongan gaji pada 2021 dilaporkan berpunca daripada tindakan Israel meningkatkan pemotongan hasil cukai haramnya.

Rakyat Palestin di Tebing Barat hanya menerima 80 peratus daripada gaji mereka mulai 2021, dan selebihnya sebagai hutang kepada penerima.

Penerima hanya mendapat 60 peratus daripada gaji Oktober, November dan Disember sejak konflik di Gaza, tanpa pembayaran dibuat sejak Januari lalu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button