Berita Utama

Asia Barat tak akan stabil tanpa penyelesaian isu Palestin: Iraq

Kemerdekaan rakyat Palestin mesti direalisasikan

BAGHDAD, 15 Syaaban 1445H, Ahad – Konflik dan kekejaman yang dilakukan Israel di Palestin adalah faktor utama ketidakstabilan keadaan di Asia Barat.

Presiden Iraq, Abdul Latif Rashid berkata, rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan kemerdekaan negara mesti direalisasikan.

“Satu-satunya cara untuk membentuk masa depan yang selamat, stabil di rantau ini adalah melalui penubuhan keamanan dan menggalakkan rasa persefahaman antara negara-negara serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Dialog Antarabangsa Baghdad, semalam sambil enekankan penderitaan yang dialami rakyat Palestin di tangan rejim Israel.

Atas dasar itu Latif menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit bagi menamatkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau turut mengulangi penegasan baru-baru ini bahawa rejim Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Beliau juga menggesa supaya lebih banyak tindakan diambil oleh Arab dan antarabangsa untuk menghentikan pencerobohan dan serangan Israel.

“Serangan berterusan Israel ke atas Palestin dan tapak suci mereka di Gaza, Tebing Barat yang diduduki, dan al-Quds Timur tidak akan membawa keselamatan dan kestabilan kepada sesiapa,” katanya.

Terdahulu, Kabinet Israel meluluskan deklarasi, menolak sebarang pengiktirafan unilateral negara Palestin.

Rakyat Palestin berharap untuk menubuhkan sebuah negara merdeka di Semenanjung Gaza yang terkepung dan Tebing Barat dengan Baitulamqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Israel menduduki Baitulmaqdis semasa Perang Arab-Israel 1967. Rejim menggabungkan seluruh bandar itu pada tahun 1980, mendakwa semua al-Quds sebagai ibu kotanya. 

Bagaimanapun langkah Israel tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button