Berita UtamaDunia

Gaza kritikal air bersih

UNRWA beri amaran penularan penyakit makin meningkat

GAZA, 16 Syaaban 1445H, Isnin – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan air bersih amat terhad di tengah-tengah penyebaran sisa pepejal di seluruh Semenanjung Gaza.

“Air bersih adalah terhad. Sisa pepejal semakin terkumpul. Penyebaran penyakit semakin meningkat,” katanya.

Menurutnya, kebersihan tidak mampan di wilayah Palestin itu selain tempat perlindungan yang sesak.

“Keadaan ini adalah malapetaka.

“Pasukan UNRWA terus berusaha untuk menyediakan bantuan kritikal,” katanya.

Israel telah melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza sejak Oktober yang membunuh lebih 29,690 orang awam dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barang keperluan.

Pengeboman Israel ke atas Gaza memaksa 85 peratus penduduk berpindah secara dalaman, di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button