Dunia

Hospital terapung UAE mula terima pesakit Gaza

Lengkap 100 katil termasuk bilik pembedahan dan ICU

GAZA, 16 Syaaban 1445H, Isnin – Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam perang dengan menyediakan hospital terapung yang berlabuh di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir.

Agensi berita rasmi UAE, WAM melaporkan, hospital terapung itu ditubuhkan sebagai sebahagian daripada sokongan negara kepada penduduk Gaza.

Ia memulakan perkhidmatan perubatan dan mula menerima kes kematian dari Semenanjung Gaza.

Hospital dengan 100 katil itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan komprehensif termasuk bilik pembedahan dan unit rawatan rapi, unit radiologi, makmal serta farmasi.

Ia dikendalikan 100 kakitangan perubatan dan pentadbiran yang merangkumi pelbagai kepakaran termasuk bius, pembedahan am, ortopedik serta perubatan kecemasan bagi menangani keperluan mendesak terhadap mereka yang terjejas akibat konflik.

Hospital terapung itu, kesinambungan daripada Hospital Sahara yang dirasmikan di Gaza pada 3 Disember lalu, turut mempunyai kemudahan perubatan kecemasan dan kes kritikal, termasuk pad helikopter serta bot marin.

Israel telah menyerang Gaza sejak Oktober lalu dan membunuh lebih 29,690 rakyat Palestin serta mengakibatkan kemusnahan besar-besaran ke atas wilayah itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button