Berita UtamaDunia

Mesir tubuh kem kedua pelarian Palestin di Khan Younis

Boleh tempatkan 4,000 orang, lengkap elektrik, tandas

KAHERAH, 16 Syaaban 1445H, Isnin – Mesir menubuhkan kem kedua untuk pelarian Palestin di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 400 khemah.

Kem itu boleh menempatkan kira-kira 4,000 orang dan dilengkapi dengan elektrik serta tandas, kata sumber kepada Al-Qahera News TV.

Sumber berkata, kem kedua akan diikuti dengan hospital lapangan di bandar Rafah dan satu lagi kem di utara Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Mesir juga akan menubuhkan dua pusat pengedaran bantuan di Rafah – yang kini menjadi rumah kepada sejumlah besar penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Sumber menyatakan bahawa kem kedua akan siap pada akhir minggu ini, sambil menambah bahawa ia adalah dalam rangka usaha Mesir untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.

Sementara itu, Bulan Sabit Merah Mesir, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Palestin, meneruskan kerjanya untuk menubuhkan kem kedua bagi pelarian di Khan Younis.

“Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Mesir, telah menyelesaikan fasa kedua Kem Mesir untuk menempatkan orang yang kehilangan tempat tinggal di kawasan Mawasi di Khan Younis.

“Sebanyak 139 khemah telah didirikan, menempatkan 139 keluarga,” katanya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button