Berita UtamaDunia

Russia, Iran sepakat desak gencatan senjata di Gaza

AS, Barat abai keperluan, hak sebuah negara Palestin merdeka

MOSCOW, 6 Jamadilawal 1445H, Isnin – Menteri Luar Russia dan Iran menggesa gencatan senjata di Gaza dan menegaskan bantuan segera mesti diberikan kepada penduduk awam di sana.

Perkara itu dibincangkan Sergei Lavrov ketika bercakap dengan rakan sejawatnya dari Iran, Hossein Amirabdollahian atas permintaan Tehran.

“Ketika perbualan itu, perhatian utama tertumpu kepada situasi semasa di zon konflik Palestin-Israel.

“Kebimbangan umum telah dinyatakan mengenai konfrontasi bersenjata yang berterusan di Semenanjung Gaza.

“Keperluan untuk gencatan senjata awal dan bantuan segera kepada penduduk awam yang terjejas ditekankan,” kata Kementerian Luar Russia.

Russia – yang mempunyai hubungan dengan Iran, Hamas dan kuasa besar Arab begitu juga dengan Palestin dan Israel – telah berulang kali menuduh Amerika Syarikat dan Barat mengabaikan keperluan untuk sebuah negara Palestin merdeka dalam sempadan 1967.

Sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, Israel melancarkan serangan darat dan udara ke atas Gaza yang telah membunuh lebih 13,000 rakyat Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button