Berita UtamaDunia

Hapus sekatan supaya kesinambungan Perjanjian Bijirin Laut Hitam diteruskan: PBB

Eksport makanan melalui koridor kemanusiaan turun ke paras terendah sejak inisiatif mula

GENEVA, 7 Zulhijjah 1444H, Isnin – Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penghapusan dilakukan ke atas semua sekatan bagi menjamin kesinambungan operasi Perjanjian Bijirin Laut Hitam.

Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Politik dan Pembangunan Keamanan, Rosemary Dicarlo berkata, inisiatif Laut Hitam telah membolehkan lebih 32 juta tan makanan dieksport ke seluruh dunia dan langkah tersebut perlu diteruskan.

“Kami menggesa supaya semua sekatan wajar dihapuskan supaya kesinambungan dalam perjanjian dapat diteruskan,” katanya berucap pada mesyuarat Majlis Keselamatan Ukraine.

Terdahulu, beliau melahirkan kekecewaan susulan operasi yang semakin perlahan dalam inisiatif berkenaan.

Tegas beliau, eksport makanan melalui koridor kemanusiaan maritim itu telah menurun daripada paras tertinggi iaitu 4.2 juta tan metrik Oktober kepada 1.3 juta tan metrik pada Mei lalu, jumlah terendah sejak inisiatif berkenaan dimulakan.

Sementara itu, wakil dari Amerika Syarikat (AS) di PBB, Linda Thomas-Greenfield mendakwa, Russia telah menyekat eksport bijirin ke beberapa kawasan yang memberi manfaat kepada negara, terutama ke Afrika dan Timur Tengah.

Katanya, perkara berkenaan menjadikan inisiatif Perjanjian Bijian Laut Hitam terganggu, namun ia mesti diteruskan supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Dalam pada itu, Timbalan Wakil Tetap China di PBB, Geng Shuang turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan krisis Ukraine-Russia ke atas ekonomi dunia.

Malah, berharap pihak tertentu melakukan sesuatu tindakan bagi memastikan inisiatif Perjanjian Bijirin laut Hitam diteruskan, sekali gus mengelak masyarakat dunia berdepan krisis keselamatan makanan yang kritikal.

Tegas beliau, perjanjian Bijian Laut Hitam harus dilaksanakan dengan cara yang berkesan dan seimbang, selain perjanjian antara Rusia dan PBB wajar dipandang serius. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button