Berita UtamaDunia

4 maut, 30 cedera tragedi kereta api tergelincir di Jerman

Setakat ini tiada maklumat diberi mengenai identiti mayat

BERLIN, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Empat orang maut dan 30 cedera apabila kereta api wilayah yang sibuk tergelincir berhampiran pusat peranginan ski dan destinasi mendaki popular di selatan Jerman.

Jurucakap polis berkata, 15 yang cedera sedang menerima rawatan di hospital sambil menambah bahawa 60 orang berada di dalam kereta api pada masa nahas yang berlaku di utara Garmisch-Partenkirchen di Bavaria pada Jumaat.

Katanya, pendakwa raya dan polis melancarkan siasatan mengenai punca kemalangan itu.

Tiada maklumat diberi mengenai identiti mayat atau sama ada pemandu adalah antara mangsa.

Jurucakap di pejabat daerah Garmisch-Partenkirchen sebelum ini melaporkan bahawa 60 orang cedera dalam kemalangan itu.

Akhbar serantau Muenchener Merkur memetik akhbar tempatan Garmisch-Partenkirchen Tagblatt sebagai berkata, ramai pelajar sekolah dalam kereta api itu.

“Operasi perkhidmatan kecemasan utama masih dijalankan dan laluan kereta api ditutup sepenuhnya,” kata polis.

Kereta api serantau menyaksikan jumlah penumpang lebih tinggi sejak 1 Jun, apabila tiket kos rendah yang membenarkan perjalanan ke seluruh Jerman berkuat kuasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button