Pendapat

Kehilangan yang sukar dicari ganti

Kematian Dr Soberi inspirasi kepada asatizah untuk terus sebarkan Islam

SAYA sebagai Pengerusi Majlis Ulama ISMA mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhum Ustaz Dr Soberi Awang dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama para anbiya, auliya dan solihin.

Sesungguhnya pemergian Ustaz Dr Soberi Awang dirasakan sebagai satu kehilangan besar buat MUIS kerana kekuatan yang ada kepada beliau ialah mempunyai lingkaran hubungan yang baik dengan pelbagai pihak.

Ia bertepatan dengan usaha MUIS sebagai wadah untuk mempersatukan semua gerakan aliran institusi interlektual serta membimbing masyarakat  untuk lebih bersifat wasatiy iaitu menerima pelbagai perbezaan aliran tetapi masih dalam rangka yang dibenarkan oleh syarak.

Maka almarhum Dr Soberi dari dulu lagi, sejak awal penubuhan MUIS ini beliau adalah antara pelopor utama sehingga diberikan kesempatan masuk ke dalam barisan kepimpinan.

Dan dalam bentuk kepimpinan yang baru ini pun, beliau sentiasa memberikan idea-idea yang membina untuk merangka jalan kerja yang terbaik kepada MUIS agar dapat bergerak dengan lebih baik pada masa akan datang.

Kematian beliau juga merupakan satu inspirasi kepada para pendakwah serta asatizah untuk terus berusaha menyebarkan Islam dan kita mendoakan agar amalan almarhum itu diterima oleh Allah SWT.

Dato Zamri Bin Hashim
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button