Berita Utama

SOP PKP: 7 kompaun dikeluar ke atas penghantar makanan di Kelantan

Kebanyakannya tak jaga jarak fizikal ketika tunggu pesanan pelanggan

KOTA BHARU, 24 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Polis telah mengeluarkan sebanyak tujuh kompaun kepada penghantar makanan di daerah ini kerana tiada penjarakan fizikal antara mereka.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penghantar makanan kebanyakannya tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika sedang menunggu pesanan pelanggan di restoran.

“Polis telah mengeluarkan sebanyak tujuh kompaun kepada mereka. Tiada lagi nasihat kali ini kepada individu yang tidak mematuhi SOP. Kita akan terus mengeluarkan kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP di Pasar Siti Khadijah, hari ini.

Shafien seperti dilapor Kosmo berkata, polis Kelantan telah menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di 46 buah pasar di seluruh negeri hari ini.

Katanya, hasil pemantauan di Pasar Siti Khadijah, polis telah mengeluarkan sebanyak 10 kompaun terhadap individu dan premis kerana tidak mematuhi SOP ketika berada di dalam pasar berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button