Uncategorized

Anwar nasihat kempen jangan maki hamun

Saya dengar ceramah ada kata 'Anwar khianat, Anwar bodoh'

PETALING JAYA, 20 Muharam 1445H, Isnin – Memasuki minggu kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati setiap parti termasuk pembangkang supaya berkempen secara berhemah dan tidak mencerca pihak lawan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebaiknya gelanggang kempen pada PRN kali ini perlu digunakan sebagai platform untuk memberi penjelasan berkenaan isu semasa kepada rakyat.

“Dalam politik nak cakap tegas boleh, tetapi jangan maki hamun. Saya dengar ceramah baru-baru ini kata “Anwar khianat, Anwar bodoh”…nasihat saya, kita jangan sombong sangat.

“Dia (pembangkang) nak kritik tidak mengapa. Takkan saya buat semua betul, boleh tegur dan boleh bagi pandangan tetapi jangan menghina. Kempenlah dengan baik, tidak perlu maki dan tidak perlu cerca kerana akhirnya, kita kawan-kawan juga, keluarga juga, itu saya nak nasihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Perpaduan, di Dataran Anak Muda, di sini malam tadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button