Berita UtamaDunia

Enggan lawan pemain Israel, atlet Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo

Perjuangan Palestin lebih besar daripada semua ini: Fethi Nourine

TOKYO, 13 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Sehari sebelum Sukan Olimpik Tokyo dimulakan secara rasmi, atlet judo dari Algeria, Fethi Nourine (bawah 73kg) dilaporkan menarik diri dalam perlawanan bagi mengelakkan kemungkinan berdepan pesaing dari negara haram Israel.

Mengikut jadual, Nourine akan menghadapi atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool pada hari Isnin untuk pertarungan pertama, dan akan menentang Tohar Butbul dari Israel pada pusingan berikutnya.

Bercakap dengan sebuah stesen televisyen Algeria pada Khamis, Nourine menegaskan, sokongan politiknya untuk perjuangan Palestin menjadikannya mustahil untuk bersaing dengan seorang atlet dari Israel.

“Kami banyak berusaha untuk sampai ke Olimpik… tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua ini,” katanya, sambil menambah bahawa keputusannya adalah ‘muktamad’.

Ini bukan kali pertama Nourine menarik diri daripada perlawanan untuk tidak menghadapi pesaing Israel, setelah menarik diri dari kejuaraan dunia 2019 di Tokyo.

Selain Nourine, atlet Iran juga diserang kerana enggan berdepan dengan pesaing mereka dari Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button