Berita Utama

Cuaca panas berterusan boleh sebabkan kes strok haba meningkat

KKM kenal pasti kawasan yang mempunyai suhu tinggi

BANGI,  22 Syawal 1444H, Sabtu – Kes strok haba di negara dijangka meningkat sekiranya kemarau dan cuaca panas berterusan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Suani mendedahkan sebanyak 14 kes dilaporkan melibatkan kes strok haba iaitu enam kes di Kelantan, Sarawak lima kes dan Sabah tiga kes.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes strok haba akan meningkat sekiranya cuaca panas berterusan dalam tempoh yang panjang.

“Daripada 14 kes yang dilaporkan, ia melibatkan beberapa kategori direkodkan iaitu empat kes strok haba, empat kes lagi kelesuan haba dan enam kes kejang haba.

“Daripada jumlah itu, tujuh individu dewasa dikesan mengalami strok haba, tiga kanak-kanak, masing-masing dua warga emas dam remaja,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya semua kes berkenaan dirujuk di hospital dan semuanya dilaporkan  pulih seperti sedia kala.

“Memandangkan cuaca panas sehingga Ogos ini, orang ramai yang dikesan mengalami simptom strok haba disarankan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, KKM juga telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang mempunyai suhu yang tinggi.

katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) disaran bertindak segera  dan memberi maklumat yang cepat supaya tindakan dapat dibuat menerusi fasiliti di seluruh negara

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button