Berita Utama

SPR bakal adakan mesyuarat khas PRN Rabu ini

Penetapan tarikh penting dibincang dalam mesyuarat khas

BANGI, 14 Zulhijjah 1444H, Isnin – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mesyuarat khas berhubung pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan Rabu ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, penetapan tarikh penting seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan bagi pelaksanaan pilihan raya semuanya akan dibuat melalui mesyuarat tersebut.

Mesyuarat khas itu bakal dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ikmalrudin memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.

Kelantan membubarkan DUN pada 22 Jun lalu diikuti Selangor sehari selepas itu manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing 28 Jun.

Negeri Sembilan pula menjadi negeri terakhir membubarkan DUN iaitu pada Sabtu lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button