Berita UtamaDunia

Ahmed Hachani dilantik PM baharu Tunisia

Pelantikan di tengah-krisis krisis ekonomi, sosial

TUNIS, 15 Muharam 1445H, Rabu – Presiden Tunisia, Kais Saied melantik Ahmed Hachani sebagai Perdana Menteri baharu, menggantikan Najla Bouden, yang menamatkan tugasnya.

Pelantikan Hachani – yang berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Manusia di Bank Pusat Tunisia – dibuat di tengah-tengah krisis ekonomi dan sosial yang semakin meruncing di negara itu.

Kebelakangan ini, presiden berulang kali menyalahkan pegawai dan kerajaan – mendakwa mereka mesti bertindak untuk menangani masalah dan perkhidmatan awam yang lemah, termasuk pemotongan bekalan air dan elektrik yang kerap.

“Terdapat cabaran besar yang mesti kita bangkitkan… untuk memelihara tanah air kita, negara kita dan keamanan sivil,” kata Saied kepada Hachani selepas beliau mengangkat sumpah perlembagaan.

“Kami akan berusaha untuk mencapai kehendak rakyat kami dan keadilan yang diingini… dan untuk mencapai maruah negara,” katanya.

Saied melantik Bouden sebagai perdana menteri kira-kira dua tahun lalu, selepas memecat Perdana Menteri, Hichem Mechichi dan menguasai hampir semua kuasa pada Julai 2021 dan membubarkan Parlimen dalam satu tindakan yang disifatkan pembangkang sebagai rampasan kuasa.

Kerajaan Bouden, bagaimanapun gagal menyelesaikan krisis ekonomi dan sosial, di tengah-tengah kebimbangan bahawa Tunisia tidak akan dapat membayar hutang asingnya kerana krisis kewangan yang teruk yang menyebabkan kekurangan banyak komoditi seperti roti, tepung, gula, beras dan kopi.

Walaupun kerajaan Bouden menyokong program reformasi ekonomi untuk mendapatkan pinjaman AS$1.9 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa, Saeid menolak sebarang pembaharuan termasuk pemotongan subsidi makanan dan tenaga.

Menurutnya, tindakan sedemikian boleh menyebabkan ketegangan sosial yang teruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button