Berita UtamaDunia

Zionis mengganas cederakan penunjuk perasaan penempatan haram di Beita

Bertindak melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata

TEBING BARAT, 1 Muharam 1443H, Selasa – Sejumlah penduduk Palestin cedera parah selepas ditembak tentera rejim Israel ketika demonstrasi ke atas penempatan haram Israel di Beita – di pinggir Nablus yang diduduki.

Pengarah pusat kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Ahmad Jibril berkata, tentera Zionis meleraikan perhimpunan penduduk Palestin dengan ganas.

Katanya, seorang cedera ditembak peluru getah manakala empat lagi sesak nafas akibat menyedut gas pemedih mata.

“Seorang lagi warga Palestin cedera parah dan dikejarkan ke hospital selepas jatuh dari tempat tinggi susulan dikejar tentera,” katanya.

Penduduk Beita sering kali mengadakan demonstrasi secara berkala bagi menyuarakan kemarahan di sebuah pos penempatan Israel yang berdekatan.

Bagaimanapun himpunan sering dileraikan dengan ganas oleh tentera Israel.

Sebelum ini, peneroka bersetuju meninggalkan pos itu bulan lalu di bawah perjanjian dengan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, berikutan demonstrasi oleh rakyat Palestin selama berminggu-minggu.

Namun beberapa bangunan pos kekal terkunci dan berada di bawah pengawasan tentera.

Lantaran itu, warga Palestin yang menuntut tanah pos berkenaan berikrar untuk meneruskan demonstrasi mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button