Berita Utama

PAS dijangka pertaruh Ustaz Hazri di PRK Kemaman?

Digemari ramai kerana sering turun padang selami masalah rakyat

BANGI, 2 Jamadilawal 1445H, Khamis – PAS dijangka mempertaruhkan Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen kemamam.

Menurut sumber dalaman PAS seperti dilapor media tempatan, Hazri yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal antara tulang belakang di Parlimen itu yang digemari ramai kerana sering turun padang dan tidak jemu menyelami permasalahan rakyat.

Ustaz Hazri sebelum ini pernah bertanding di DUN Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau memperoleh 8,082 undi berbanding bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengumpul 9,545 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Wan Marzuki Wan Sembok pula dengan 1,472 undi.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan wakil PAS, Che Alias Hamid pada 26 September lalu.

Pada PRU15 lalu, Che Alias memenangi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi.

Pertarungan empat penjuru itu menyaksikan Che Alias menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (38,535 undi), calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Pejuang, Rosli Ab Ghani (506 undi).

Persoalan itu dijangka terlerai hari ini apabila PAS dijangka mengumumkan calon PRK Parlimen Kemaman pada hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button