Berita UtamaDunia

Israel tingkat siri keganasan di Masjid al-Aqsa

Ambil kesempatan di atas normalisasi hubungan dengan negara Arab

BAITULMAQDIS, 28 Muharram 1442H, Rabu – Negara haram Israel mengambil kesempatan di atas normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan mempertingkatkan keganasan terhadap Masjid al-Aqsa dan merobohkan lebih banyak penempatan milik penduduk Palestin.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dalam satu kenyataan berkata, puluhan penduduk haram Yahudi pada awal pagi ini bertindak menyerbu Masjid al-Aqsa dan merancang untuk melakukan perkara sama di perkarangan masjid itu secara besar-besaran pada Khamis.

Jurucakap gerakan itu, Abdul-Latif Al-Qanoa menyifatkan, rejim pengganas Israel tidak menghormati hubungan perdamaian dengan negara Arab lain.

Pada masa sama, beliau menggesa, warga Palestin mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada rejim Zionis dan penduduk haram yang bertindak sewenang-wenangnya.

Semalam, sebilangan besar penduduk haram Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dan mereka turut menggesa untuk mengulangi serbuan besar-besaran pada masa akan datang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button