Berita UtamaPendapat

Kes COVID-19 meningkat, teruskan amalan 3W, elak 3S

Rakyat marah apabila pilihan raya diteruskan walhal kes naik

SUSULAN peningkatan kes wabak jangkitan COVID-19 baru-baru ini, ramai melahirkan rasa bimbang dengan penyebaran kes indeks dari Sabah ke seluruh pelusuk Malaysia.

Ia bermula dengan kes tahanan pendapat asing tanpa izin (PATI) yang positif disusuli dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyebabkan jangkitan mudah merebak dan bilangan terkini adalah buktinya.

Kita dapat lihat kebimbangan, kerisauan, kemarahan rakyat apabila pillihan raya tetap diteruskan walaupun pada masa itu kes terus meningkat, dan ia menjadi kebimbangan yang sahih apabila kita melihat data terkini.

Kini tiada negeri yang terlepas tanpa kes dan seperti kenyataan Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah. Kes akan terus meningkat.

Saya lihat sikap rakyat dibawah adalah sangat baik, kerana sikap bimbang, risau, marah itu terlahir dari sensitiviti terhadap kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Disebabkan itu, rakyat akan terus mengambil sikap untuk menjaga diri, sepertimana nasihat yang diberikan dan selalu disebut-sebut Pengarah Kesihatan di kaca televisyen.

Perkara sudah terjadi, kita masih lagi berdoa agar kes tidak meningkat, dan juga kita terus berdoa agar petugas dihadapan diberi kekuatan dan kesabaran walaupun dalam kekangan staf, cuti dibekukan dan sebagainya.

Sepertimana nasihat Tuan Pengarah, sentiasa jaga diri dan keluarga, teruskan amalan 3W iaitu Wash, Wear, Warn-sentiasa basuh tangan, pakai pelitup muka, elak bersalaman.

Elakkan juga amalan 3S iaitu tempat sesak, sempit dan sembang dekat.

Nasi sudah menjadi bubur, perkara yang perlu dielakkan adalah pisang berbuah berkali-kali.

Kita ambil peluang menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri.

Teruskan jaga diri dan keluarga. Jangan putus asa.

Kita jalankan tanggungjawab semampu kita.

Kita Jaga Kita.

Dr Indra Putra Asrar
Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia
I-Medik Dungun, Terengganu

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button