Berita UtamaDunia

Palestin umum batal Aidilfitri

Bagi mengenang para syuhada yang terbunuh akibat pengeboman Israel

GAZA, 30 Ramadan 1442H, Rabu – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas membuat keputusan membatalkan Hari Raya Aidilfitri esok bagi mengenang rakyatnya yang mati syahid akibat pengeboman rejim penjajah Israel di Semenanjung Gaza.

Perkara itu telah diputuskan dan beliau menghubungi beberapa pemimpin di Semenanjung Gaza termasuk anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Ahmad Helles, Gabenor Gaza Utara, Salah Abu Warda.

Tujuannya, bagi memaklumkan mengenai tindakan lanjut susulan pencerobohan pengganas Israel di kawasan yang dikepung, yang mengorbankan 35 rakyat Palestin termasuk sepuluh kanak-kanak dan seorang wanita hamil.

Selain itu, beliau turut menegaskan akan kepentingan kesatuan dan kerjasama rakyat Palestin dalam menghadapi pencerobohan Zionis, yang mempengaruhi seluruh rakyat terutamanya di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

“Baitulmaqdis Timur adalah ibu negara Palestin yang kekal sesuai dengan kesahihan undang-undang dan antarabangsa,” kata jurucakap Presiden Nabil Abu-Rudeinah.

Kenyataan itu muncul sebagai respon terhadap kenyataan pemimpin Yahudi Benjamin Netanyahu yang mendakwa bahawa Baitulmaqdis akan tetap menjadi ibu negara Israel. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button