Artikel KhasPendapat

Jadikan Perlembagaan, kedaulatan raja-raja identiti jati diri bangsa

Sedia korban masa, jiwa pastikan kestabilan dinikmati dipertahankan

1. ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana pada tahun ini 10 Zulhijjah 1442H kita diberikan peluang untuk menjalankan ibadah korban dan meraikan Hari Raya Aidiladha. Saya mewakili parti Berjasa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

2. Marilah kita sama -sama menghayati dan mengambil ibrah di atas pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail. Pengorbanan yang amat besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim boleh dijadikan satu pengajaran kepada umat Islam supaya sentiasa bersedia dengan apa jua ujian yang diberikan dan sedar bahawa diakhirnya hanya Allah sahaja yang layak dipatuhi dan ditaati perintahnya secara mutlak.

3. Begitu juga dengan pengajaran daripada kisah Siti Hajar yang mana keikhlasan dan rasa takut akan perintah Allah sahaja menyebabkan beliau sanggup melakukan pengorbanan. Kisah beliau dapat kita ambil untuk dijadikan tauladan dalam menjalani mehnah kehidupan demi mencapai keredhaan Allah S.W.T. kerana kita yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

4. Oleh itu, dalam kegembiraan melaksanakan ibadah korban ini, haruslah diingatkan bahawa kita masih belum menang dalam memerangi wabak COVID-19. Kita dapat saksikan semenjak kebelakangan ini kes COVID-19 semakin meningkat di negara kita, jadi kita tidak boleh terlalu alpa kerana negara kita masih belum berjaya.

5. Maka kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sama – sama terus memberikan kerjasama yang sebaiknya untuk terus mematuhi segala prosedur operasi standard atau SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sewaktu ibadah korban dijalankan.

6. Akhir kata, dengan mengambil semangat pengorbanan ini, BERJASA menyeru supaya kita juga hendaklah bersedia untuk berkorban masa dan jiwa bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran yang kita nikmati ini akan terus dipertahankan dan menjadikan Perlembagaan negara serta kedaulatan raja-raja kekal sebagai identiti jati diri bangsa.

“MEMBANGUN WATAN BERDAULAT”

Haji Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button