Berita UtamaDunia

Hospital besar di Yaman terpaksa tutup kerana krisis bahan api

Pihak hospital beri amaran nyawa pesakit berada dalam risiko

TAIZ, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Krisis bahan api telah memaksa hospital terbesar di wilayah Taiz, tengah Yaman untuk menghentikan operasi pada hari Ahad, lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Hospital Besar Al-Thawra berkata, kekurangan bahan api menyebabkan semua bahagian hospital ditutup.

“Nyawa pesakit di hospital berisiko,” pihak hospital memberi amaran.

Hospital Al-Thawra sebelum ini mampu beroperasi hasil sumbangan bahan api daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa, selain penghantaran bahan api daripada pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi berkongsi kawalan wilayah Taiz di tengah-tengah perang saudara yang berlarutan di negara Arab itu.

Konflik Yaman bermula pada September 2014 apabila pemberontak Houthi menawan sebahagian besar negara itu, termasuk ibu negara, Sanaa. 

Gabungan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi memasuki perang pada awal 2015 untuk memulihkan kerajaan kepada kuasa.

Konflik selama lapan tahun telah mencipta salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia, dengan berjuta-juta orang berisiko kebuluran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button