Dunia

Baradar, Ketua Pejabat Politik Taliban ketuai kerajaan Afghanistan?

Sumber dalaman lapor jawatan kanan disandang Mullah Mohammad Yaqoob

MOSCOW, 25 Muharram 1442H, Jumaat – Abdul Ghani Baradar, Ketua Pejabat Politik Taliban, akan memimpin kerajaan Afghanistan yang baharu, lapor Sputnik.

Reuters pada Jumaat yang memetik sumber-sumber dalaman Taliban pula melaporkan jawatan kanan dalam kerajaan akan turut disandang oleh Mullah Mohammad Yaqoob, putera kepada pengasas gerakan Taliban, dan jurucakap Taliban Sher Mohammad Abbas Stanikzai.

Satu sumber dalaman Taliban pada 31 Ogos memberitahu Sputnik, Baradar dilantik sebagai Menteri Luar, sementara Yaqoob akan menjadi Menteri Pertahanan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button