Berita Utama

Isytihar dokumen tak tepat, 16.8 tan lemak susu dirampas

Produk guna sijil kesihatan berbeza dari negara pengimport

BANGI, 20 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menahan sebuah kontena yang membawa 80 tong lemak susu dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), semalam.

Produk seberat 16.8 tan metrik yang dibawa masuk dari New Zealand itu dirampas dalam operasi kira-kira jam 5.30 petang.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, kesemua tong berisi lemak susu itu dianggarkan bernilai RM300,109.96.

“Kita menahan kontena tersebut pada petang Isnin dan mendapati terdapat 80 tong mengandungi lemak susu yang mana, dokumennya diisytiharkan tidak tepat iaitu mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dari negara pengimport,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button