Artikel Khas

Bila mahu bertindak, ‘pencemaran babi’ makin berleluasa

Kenapa terlalu banyak ternakan babi tanpa kawalan di kawasan orang Islam

ISU pencemaran najis babi bukan perkara baharu, tetapi sudah lama, tanpa penyelesaian. Puncanya, kita takut kepada ultra kiasu. Kita mahu undi ultra kiasu.

Ultra kiasu pula pandai merasuah. Memang itulah kerja mereka sejak dahulu. Sebab itu, bila Presiden PAS kata ultra kiasu perosak negara, pemberi rasuah sehingga merosakkan negara ini, saya tidak boleh kata tidak setuju, melainkan setuju.

Ultra kiasu dan penternak akan merasuah penguasa yang mahu mengambil tindakan ke atasnya.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang menerima rasuah hasil wang babi, kamu tidak sedar, rasuah itu bukan sahaja haram, tetapi puncanya daripada babi juga haram

Terbaharu, Sinar Harian membongkarkan misteri penemuan air berwarna merah di dalam longkang yang mengalir ke Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan lain-lain negeri memang terkenal dengan penternakan babi. Bukan skala kecil tetapi besar.

Hasil ujian sampel mendapati lokasi air Sg Rambai, berwarna merah yang mengalir dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Sebagai rekod, sungai tersebut merupakan satu-satunya sungai di Malaysia yang berada di tangga teratas sungai tercemar di kelas lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar berada pada Kelas Empat antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.

Krisis pencemaran sungai bukanlah isu baharu yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia. Kebanyakan berpunca daripada penternakan babi skala besar dalam sebuah negara Islam. Sedangkan pemakan (pengguna) tidak ramai.

Kenapa biarkan negara kita menjadi terbesar dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan semua agama ini. Judi dan arak pun antara terbesar.

Ini belum lgi termasuk aktiviti maksiat seperti persundalan, pelacuran, kelab malam dan sebagainya

Terbaharu, pemimpin Gerakan yang memakai serban, mencadangkan supaya kasino terbesar dibina di Pulau Jerejak bagi meningkatkan ekonomi negara. Apa erti serban kamu dikepala? Lebih baik kamu cabut dan buang? Sebab pada saya, bila orang Sikh berserban, kuat pegangan agamanya. Nampaknya sangkaan saya salah.

Saya harap PAS bertegas terhadap ultra kiasu ini sebab Gerakan ini adalah parti komponen Perikatan Nasional. Jangan kerana ultra kiasu berada dalam parti komponen sehingga kita tidak berani berhadapan dengan mereka.

Ingin juga saya bertanya, adakah agama Sikh membenarkan judi? Jika ya, hina sangat ultra kiasu.

Berbalik kepada pencemaran babi, sebelum ini juga banyak laporan yang didedahkan oleh media berhubung pencemaran sungai sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Antaranya, analisis makmal ke atas kualiti air Sungai Kereh di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, negeri ultra kiasu. Pada tahun lalu, membuktikan punca pencemaran sungai berkenaan adalah daripada najis babi yang dilepaskan dari Kampung Selamat, kawasan majoriti Melayu. Keadaan sungai itu telah menghantui penduduk sekitar sejak kira-kira 40 tahun lalu. Saya telah banyak kali menulis isu ini.

Penternakan babi sepatutnya dilakukan di kawasan pemakan babi, bukan kawasan orang yang tidak makan babi. Pergilah ke mana-mana negeri, penternakan dibuat berhampiran dengan kawasan atau kampung orang Melayu. Kesabaran orang Melayu Islam ini ada had.

Islam tidak bermusuh dengan makhluk Allah seperti babi. Babi tetap makhluk Allah. Persoalannya, kenapa terlalu banyak ternakan babi dibuat, tanpa kawalan, di kawasan orang Islam. Najis babi dilepaskan di sungai, sehingga air tercemar. Ini belum termasuk bau dan kebersihan. Ingat, kita pernah dilanda virus nipah atau JE.

Bila mereka terkena virus JE, jika kerajaan tidak bertindak membantu, ultra kiasu ini akan salahkan kerajaan. Sedangkan punca datang daripada mereka. Orang lain yang tidak kena mengena turut terpalit.

Bayangkan bagaimana penduduk kampung terpaksa bertahan tinggal dalam suasana busuk setiap hari akibat aktiviti penternakan babi.

Kita jangan lupa, pada 2019, heboh apabila pencemaran kimia berbahaya di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang telah mengakibatkan penduduk berhampiran sungai berkenaan, termasuk puluhan pelajar sekolah di kawasan itu diserang sesak nafas, loya, pening dan pitam.

Insiden terburuk itu menjejaskan kira-kira 6,000 penduduk terutama pelajar sehingga 111 sekolah di kawasan berkenaan diarah tutup sementara.

Mahkamah Sesyen di Johor Bahru ketika itu dimaklumkan bahawa bahan buangan terhasil daripada kilang pemprosesan tayar yang dikaitkan dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim adalah buangan berjadual jenis SW311 ‘enap cemar minyak’.

Pencemaran sungai bukan hanya menjejaskan kesihatan, kegiatan ekonomi, sumber makanan penduduk, aktiviti pelancongan, malah turut memberikan kesan kepada kepupusan sumber protein.

Kim kim dalam bahasa Hokkien bermakna jernih. Peliknya, bangsa ini yang memberikan nama Kim kim itu jernih, tetapi dikotorkan dengan isu babi.

Tidak mustahil, kandang-kandang babi akan menimbulkan masalah seperti Sungai Kim kim ini. Apakah kita hanya akan bertindak, apabila ada yang telah mati akibat pencemaran ini? Jangan bertindak action oriented. Sudah terhantuk baru mengadah. Sudah terlambat.

Sungai adalah khazanah anugerah Allah yang mesti dijaga. Manusia perlukan air yang bersih untuk terus hidup. Jika sungai-sungai kita terus menerus dikejut dengan isu pencemaran babi tanpa ada jalan penyelesaian, bayangkan bagaimana generasi akan datang berhadapan dengan masalah ini.

Justeru, kita amat mengharapkan kerajaan dan penguatkuasa mesti bertindak. Dengan ultra kiasu ini, kita tidak boleh berlembut. Kepala kita akan terus dipijak. Bertindak tegas mengikut lunas undang-undang, pasti akan memberi kesan kepada ultra kiasu.

Tetapi jika kita terus bermain dengan undi dan rasuah yang diberikan, ultra kiasu akan menjadi naik lemak, sehingga berani memijak kepala.

Sebab itulah apabila saya membaca artikel James Chin, yang mengatakan bahawa orang Cina didiskriminasikan, kita rasis terhadap mereka dan lain-lain lagi, tertanya-tanya saya, jika itulah yang berlaku, sudah tentu penternakan babi dan pencemaran tidak akan terjadi.

Sudah tentu Malaysia tidak terkenal sebagai pengeksport babi, kilang arak, peminum arak, kasino terbesar dan lain-lain lagi. Sudah tentu daripada 40 terkaya, di Malaysia, majoritinya adalah orang Melayu.

Realitinya, lebih 70 peratus kekayaan negara ini berada di tangan orang Cina. Daripada 40 yang terkaya, 30 adalah orang Cina.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdulah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button