Berita UtamaDunia

Taliban terus dikecam halang pelajar perempuan ke universiti

Hak wanita disekat sangat dahsyat di Afghanistan

KABUL,26 Jamadilawal 1444H, Rabu – Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Taliban yang menyekat akses pelajar wanita ke universiti mendapat kecaman hebat daripada negara luar.

Sebelum ini, sepucuk surat yang disahkan jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi mengarahkan semua universiti awam dan swasta menghalang pelajar perempuan ke universiti secara serta-merta berdasarkan keputusan Kabinet.

Pengumuman pentadbiran Taliban, yang belum diiktiraf di peringkat antarabangsa dikeluarkan ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mengadakan pertemuan di New York berhubung kedudukan Afghanistan.

Kerajaan luar termasuk Amerika Syarikat (AS) berkata, perubahan polisi berkaitan pendidikan kaum wanita di Afghanistan sangat diperlukan sebelum mempertimbangkan secara rasmi.

Timbalan Duta AS di PBB, Robert Wood menyifatkan keputusan Taliban sebagai langkah yang tidak wajar.

Duta Besar Britain, Barbara Woodward pula berkata, keputusan menghalang pelajar perempuan memasuki universiti adalah satu lagi sekatan hak wanita yang dahsyat.

Mac lalu, Taliban dikecam kerana membuat pusingan U berhubung pembukaan sekolah kepada pelajar perempuan.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, tindakan yang diumumkan semalam jelas menunjukkan satu lagi janji yang dimungkiri oleh Taliban sebelum ini.

Tegas beliau, ia merupakan langkah yang sangat membimbangkan dan sukar untuk membayangkan bagaimana negara itu mampu membangun, menangani semua cabaran yang dihadapinya tanpa penyertaan aktif wanita dan pendidikan wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button