Berita Utama

Preskripsi Perlembagaan bahasa Melayu disyor jadi teks rasmi

Cetak semula dan masukkan ikut 160A Perlembagaan

BANGI, 16 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Kerajaan digesa supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu dijadikan teks rasmi selaras perkara 160B Perlembagaan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dicetak semula bagi memasukkan Perlembagaan bersejarah terkini mengikut 160A Perlembagaan Persekutuan.

“Namun kedua-dua cadangan bergantung kepada perkenaan Yang di-Pertuan Agong,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Idrus menjelaskan, AGC juga membuat pindaan berterusan kepada undang-undang semasa untuk mencerminkan perubahan dan memastikan versi undang-undang terkini yang disediakan kepada orang ramai.

Tahun lalu, AGC berjaya mencetak semula kira-kira 100 undang-undang terutama berkaitan pilihan raya.

“Teks undang-undang yang disemak dan dicetak semula juga boleh didapati dalam talian melalui portal perundangan Persekutuan Malaysia,” katanya .

Malah AGC juga sedang menjalankan beberapa latihan pentadbiran dengan kerjasama pejabat ketua pendaftar untuk memastikan pembangunan modal insan dalam perkhidmatan kehakiman serta perundangan kekal bebas dan tidak berat sebelah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button